fbpx

Remaja 14 tahun tikam ibu saudara dengan pisau dituduh esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek remaja berusia 14 tahun akan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi esok.

SEBERANG PERAI – Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dipercayai bertindak menikam ibu saudaranya dengan pisau, Jumaat lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam, pagi esok.

Suspek yang tidak bersekolah itu akan dibawa ke mahkamah kira-kira pukul 8 pagi untuk pendakwaan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kertas siasatan sudah dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dan mendapat arahan pertuduhan di mahkamah esok.

“Keadaan mangsa (ibu saudara) suspek juga stabil dan masih menerima rawatan di Hospital,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, malam ini.

Terdahulu, reman terhadap remaja terbabit dilanjutkan tiga hari lagi bagi membantu melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

Jumaat lalu, Kosmo! melaporkan seorang wanita terpaksa menahan kesakitan apabila ditikam pada perut oleh anak saudaranya dalam kejadian di Flat Jalan Perai Jaya di sini, kira-kira pukul 11.30 pagi.

Kejadian dipercayai berlaku akibat pertengkaran mulut antara suspek dan ibu saudara mangsa berusia 35 tahun ketika berada di ruang tamu rumah berkenaan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI