LONDON – Paris Siant-Germain dilapor akan mengadakan rundingan bersama Aston Villa mengenai urusan pertukaran pemain masing-masing melibatkan Randal Kolo Muano dan Jhon Duran.
Kolo Muani berdepan kesukaran untuk mendapatkan tempat bersama gergasi Ligue 1 itu apabila hanya membuat penampilan sekali dalam kesebelasan utama, manakala tujuh aksi lain hanya masuk sebagai pemain gantian.
Situasi itu menyebabkan dia terdesak untuk meninggalkan Parc des Princes sekali gus Villa mungkin menjadi destinasi baharu sekiranya PSG berjaya memujuk kelab dari London itu melepaskan Duran yang dianggap sebagai tonggak penting.
Duran berjaya meledak 12 gol dalam 26 penampilan untuk semua kejohanan bagi skuad kendalian Unai Emery itu biarpun tidak diletakkan sebagai penyerang utama menyebabkan PSG tertarik untuk membawanya ke Paris.
Pemain antarabagsa Colombia berusia 21 tahun itu memiliki kontrak di Villa Park sehingga 2030, manakala Kolo Muani menjadi miliki PSG sehingga musim 2027/28.
PSG yang teringin mendapatkan Duran sedia menyiapkan dana dengan jumlah yang belum didedahkan, selain sanggup melepaskan Kolo Muani sebagai sebahagian daripada terma perpindahan untuk memujuk Villa supaya bersetuju dengan perpindahan tersebut. – AGENSI