fbpx

Penumpang ‘kecut’, tayar Boeing 787 meletup 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pesawat Boeing 787-9 dikelilingi jentera bomba di landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne. - Instagram

CANBERRA – Sebuah pesawat Etihad Airways mengalami detik cemas apabila dua rodanya meletup dan terbakar sebelum berlepas, lapor akhbar Metro UK semalam.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne, Australia. 

Pesawat Boeing 787-9 Dreamliner itu membawa kira-kira 300 penumpang dari Australia menuju ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE). 

Rakaman dimuat naik di platform Instagram menunjukkan roda kapal terbang itu terbakar di atas landasan sambil dikelilingi beberapa jentera bomba.

Seorang hos rancangan televisyen tempatan, Jacqueline Felgate berkata: “juruterbang terpaksa menekan brek kecemasan sejurus selepas gear pendaratan terbakar menyebabkan dua roda pesawat pecah.”

“Perkhidmatan Penyelamat dan Pemadam Kebakaran Penerbangan bertindak balas dan menggunakan alat pemadam api sebagai langkah berjaga-jaga.

“Terdapat 289 penumpang di dalam pesawat dan tiada kecederaan dilaporkan,” tambahnya. 

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne berkata: “Anggota penyelamat tidak dapat menarik pesawat keluar dari landasan kerana kerosakan pada tayar.

“Penerbangan Etihad Airways EY461 segera dibatalkan apabila dua rodanya meletup.

“Pembaikan sedang dijalankan. Semua penumpang diturunkan dari pesawat dan dibawa ke terminal dengan bas,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI