fbpx

Pelanggan minta rider ambilkan ‘report card’ 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ‘rider’ menjadi wakil kepada pelanggannya untuk mengambil kad laporan di sekolah. - TikTok

JAKARTA – Seorang penghantar e-hailing di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas mendedahkan bahawa dia diminta pelanggan untuk menjadi wakil bagi mengambil kad laporan kemajuan di sekolah. 

Portal berita Abatanews melaporkan, kejadian berlaku pada 23 Disember lalu. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ozolhalu menunjukkan perbualan antara  pekerja e-hailing  dan pelanggannya yang merupakan seorang murid sekolah. 

“Boleh tolong ambilkan kad laporan saya? Saya tidak tahu siapa lagi yang boleh ambilkan,” kata murid itu. 

Penghantar itu menunaikan permintaan murid tersebut dengan menemaninya ke sekolah untuk mengambil kad laporan itu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 525,200 tontonan bersama 53,000 tanda suka. 

“‘Rider’ yang baik!” kata seorang netizen. 

“Ingat tugas ‘rider’ biasa-biasa ke? Ia lebih dari menghantar makanan!” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI