fbpx

Mayat remaja lelaki jatuh Sungai Pahang ditemukan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang ditemukan terapung kira-kira 900 meter dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh di Sungai Pahang berhampiran Kampung Jerantut Feri di Jerantut.

JERANTUT- Mayat seorang remaja lelaki yang hilang dibawa arus selepas terjatuh ke Sungai Pahang dekat Kampung Jerantut Feri di sini kelmarin ditemukan hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mayat mangsa, Azri Fahmi Bahiudin Zaiful Afindi,14, ditemukan pada pukul 7.45 pagi ini.

“Mangsa ditemukan terapung pada jarak 900 meter dari lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut ,” katanya di sini hari ini.

Kelmarin, mangsa dilaporkan hilang dibawa arus deras sungai Pahang apabila terjatuh ke dalam sungai berkenaan ketika memancing di sebuah rumah rakit.

Mangsa dipercayai tergelincir selepas terpijak hujung lebihan atap zink rumah rakit milik Majlis Daerah Jerantut berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI