MUAR – Mayat lelaki warga emas ditemukan dalam keadaan terapung di Sungai Muar selepas hilang dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Ismail di sini awal pagi hari ini.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Fettry Mahat, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 5.04 pagi.
“Seramai sembilan anggota dan sebuah jentera fire rescue tender (FRT), dua unit bermotor bomba (Rapid) dan sebuah bot dikejarkan ke tempat kejadian.
“Mangsa dikenali sebagai Chua Hua Seng@Chua Ah Chung berusia 76 tahun dijumpai di hadapan jeti Jabatan Laut dan disahkan sudah meninggal dunia.
“Sebelum itu dia dipercayai terjun dari Jambatan Sultan Ismail. Mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya hari ini. – KOSMO! ONLINE