fbpx

Lelaki terjun sungai takut pemeriksaan polis ditemukan lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota penyelamat menaikkan mayat lelaki yang mati lemas di muara Sungai Besut hari ini.

BESUT – Seorang lelaki yang dikatakan sanggup terjun ke muara sungai bagi mengelak pemeriksaan polis ditemukan maut akibat lemas berhampiran Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Seberang Kastam, Kuala Besut di sini hari ini.

Mayat lelaki berusia 45 tahun itu ditemui pada pukul 10.45 pagi tadi kira-kira 15 jam selepas dia dilaporkan hilang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan, Md. Sani Md. Salleh berkata, lelaki tersebut hilang selepas terjun ke dalam muara Sungai Besut pada pukul 7.45 malam semalam.

“Dia dikatakan panik apabila menyedari kehadiran anggota polis yang melaksanakan Ops Tapis (bagi membanteras gejala penagihan dadah) di jeti pendaratan ikan tersebut.

“Mangsa melarikan diri ke atas sebuah bot yang diletakkan di tepi jeti sebelum bertindak terjun ke dalam sungai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Sani berkata, beberapa orang awam yang menyedari kejadian itu cuba membantu lelaki tersebut naik semula ke darat tetapi gagal.

Beliau berkata, operasi SAR terbabit berjaya menemui mangsa pada kedudukan kira-kira 80 meter dari lokasi dia dikatakan terjun pada pukul 10.25 pagi tadi (semalam).

“Mayat mangsa dibawa naik ke Jeti Taman Laut Besut sebelum dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut di sini untuk tindakan lanjut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI