fbpx

Kepala lori PPK Tanjong Karang dicuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Kepala sebuah lori milik Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Karang dicuri di tempat letak kenderaannya di Cawangan Batu 9 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azaharudin Tajudin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu pukul 4.59 petang dengan siasatan lanjut mendapati kepala lori itu dipercayai dibawa keluar menerusi pintu pagar utama menghala ke arah Sekinchan pada hari sama.

“Ia didapati milik pertubuhan itu dan mempunyai tanda jelas pada kepala lori yang berwarna putih.

“Terdapat tulisan Peladang pada bahagian depan dan logo pertubuhan itu di kiri dan kanan pintu lori tersebut,” katanya hari ini.

Tambah Azaharudin, polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

“Orang ramai atau saksi yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes kecurian itu diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor di talian 03-32891222 atau balai berdekatan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI