fbpx

Juventus intai khidmat bek Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALACIA

TURIN – Gergasi Serie A, Juventus membuat keputusan mengejut apabila bersedia untuk mengemukakan tawaran mendapatkan khidmat pemain pertahanan Manchester United, Tyrell Malacia.

The Old Lady melihat potensi Malacia sebagai pengganti pemain mereka, Danilo yang kini sudah berusia 33 tahun dan mungkin akan meninggalkan kelab itu pada hujung musim nanti selain dilihat mampu memantapkan pasukan itu yang agak goyah pada awal musim.

Kelab itu berhasrat untuk mendapatkan Malacia pada jendela perpindahan kali ini secara pinjaman sebelum kontrak tersebut berubah menjadi kekal pada musim depan.

Malacia, 25, menghabiskan tempoh 18 bulan di bilik rawatan di United apabila menghadapi komlikasi selepas menjalani pembedahan lutut pada 2023, namun kembali membuat penampilan pada November lalu.

Setakat ini, pemain antarabangsa Belanda itu sudah membuat lima penampilan dalam semua kejohanan pada musim ini, biarpun belum mendapat kepercayaan penuh daripada pengurusnya, Ruben Amorim.

Keputusan untuk melepaskan Malacia juga tidak mudah dilakukan oleh Amorim memandangkan pasukan itu kekurangan pemain di bahagian pertahanan kiri ketika ini apabila Luke Shaw juga masih belum cergas. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI