fbpx

JPJ kutip RM43,000 operasi kenderaan Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu daripada van nombor pendaftaran Thailand yang diperiksa dalam operasi khas dijalankan JPJ Kedah, baru-baru ini.

ALOR SETAR – Operasi khas kenderaan Thailand dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah sejak 17 Disember lalu nyata membuahkan hasil dengan lebih RM43,000 kutipan saman tertunggak berjaya dikutip setakat 2 Januari lalu.

Pengarahnya, Stien Van Lutam berkata, pihaknya optimis jumlah kutipan itu akan terus meningkat dengan operasi tersebut masih diteruskan bagi mengesan kenderaan asing yang memiliki saman tertunggak.

Katanya, sejak 17 Disember hingga 31 Disember lalu, pihaknya berjaya mengutip RM29,800 saman tertunggak daripada kenderaan-kenderaan asing terlibat.

“Hanya dalam tempoh dua hari selepas itu iaitu pada 1 dan 2 Januari, operasi dijalankan berjaya mengutip tambahan RM14,100 lagi tunggakan saman.

“Dalam operasi ini, kami mengesan dan menahan kenderaan-kenderaan Thailand yang mempunyai saman aktif di laluan-laluan yang sering dilalui kenderaan dari negara tersebut.

“Mereka kemudiannya akan diminta untuk menyelesaikan semua saman-saman aktif sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan memaklumkan pihak berkuasa itu akan menggerakkan operasi khas dikenali sebagai Ops Tunggak di empat negeri sempadan Malaysia iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak bagi mengesan pemandu asing yang melanggar undang-undang termasuk saman tertunggak. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI