fbpx

Jenayah rentas sempadan di Kelantan kurang 90 peratus sejak 1 Disember

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yusoff (tengah) memeriksa perbarisan polis pada Majlis Perhimpunan Bulanan di IPK Kelantan, Kota Bharu hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Jenayah rentas sempadan di negeri ini dapat dikurangkan sebanyak 90 peratus sejak operasi besar-besaran dilaksanakan di kawasan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, penguatkuasaan itu membantu mengurangkan kes jenayah penyeludupan dan penggunaan pangkalan haram di Sungai Golok.

Latanya, setakat ini, sebanyak tujuh tangkapan melibatkan kesalahan rentas sempadan dibuat dan suspek terbabit sudah dijatuhi hukuman kerana melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963(Akta 155)

“Pihak berkuasa Thailand turut menyambut baik undang-undang yang kita laksanakan ketika ini. Mereka juga mengambil tindakan sama menahan individu yang menyeberang sempadan.

“Kita mengenal pasti sebanyak 20 pangkalan haram yang aktif sekitar Pasir Mas yang menjadi laluan utama penyeludup sepanjang operasi dijalankan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, hari ini.

Mohd. Yusoff memberitahu, satu kompeni Senoi Praaq dari Batalion 18 Pasukan Gerakan Am Pengkalan Hulu, Perak turut membantu penugasan dan kawalan sempadan Malaysia-Thailand terutama di Sungai Golok bermula 1 Januari lalu. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI