fbpx

‘Jangan normalisasi duduk serumah lain jantina’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seorang ejen hartanah terkilan apabila seorang penyewa Muslim meminta menyewa rumah untuk tinggal bersama rakan-rakan bujang berlainan jantina.

Dalam perbualan WhatsApp yang dimuat oleh Nurul Hazirah Khairi, seorang penyewa menyatakan keinginan untuk menyewa rumah kosong bersama beberapa individu lain, termasuk lelaki dan wanita bujang.

Meskipun permintaan tersebut tampak biasa, ejen tersebut bertanya secara sopan bagi mendapatkan kepastian sama ada pelanggan itu seorang Muslim atau bukan.

Respons penyewa yang menyatakan “Muslim lah” berserta emotikon gurauan membuatkan ejen itu berasa terkilan dan sedih kerana menyentuh isu hukum dan adab dalam agama.

“Jarang nak cerita tentang ragam client (pelanggan), tapi yang ni rasa macam tak boleh nak diterima akal. Allahu, mencabar betul cabaran nak didik anak zaman kini,” tulis ejen tersebut di kapsyen.

Tangkap layar perbualan antara ejen hartanah dengan seorang individu berkenaan rumah sewa. 

Ejen itu turut menegaskan bahawa pemilik rumah adalah seorang Muslim yang memahami dan menjaga hukum agama, sekali gus menolak permintaan pelanggan tersebut dengan sopan.

Hantaran itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata turut sama kecewa dengan sikap penyewa berkenaan, yang dianggap tidak sensitif terhadap nilai agama dan adab yang sepatutnya dijaga.

“Saya bukan Muslim tapi kalau penyewa bilik adalah Muslim dan belum bernikah, saya tak bagi sebab dulu pernah bagi orang Muslim sewa bilik, tapi mereka buat bilik sewa ikut jam untuk kawan-kawan mereka datang berzina bila kami tak ada di rumah,” tulis Claudya Claudy.

“Teruskan melawan kemungkaran, jangan dinormalisasikan perkara begini,” komen Bella Ciao.

“Orang zaman sekarang tak ada sifat malu dan takut kepada kemungkaran Allah. Nasib baik kakak ni tak bersubahat dan tak pentingkan diri sendiri. Aku tabik dengan akak ni. Sangat menghormati. Mantap kak,” puji Waghih Nismilan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI