fbpx

Jangan jadi ‘complicated’, suka merungut, marah dan salahkan orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Antara orang yang tenang dalam kehidupan ini adalah hidup dia easy (mudah), dia tak complicated (rumit). Sebab tu orang yang stres, banyak dapat masalah mental ni hidup dia rumit, banyak dia pandang benda (secara) negatif”.

Itu pendedahan oleh Pensyarah Jabatan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Mohammad Aziz Shah Mohamed Arip, tentang individu ‘complicated’.

Beliau berkata, seseorang boleh menjadi ‘complicated’ jika sering merungut, marah dan gemar menyalahkan orang lain.

“Dia ‘tak berdamai’. Tenang, damai dan relaks (baru) tenang hidup awak. Tapi awak ‘complicated’ sebab hidup awak banyak merungut, marah, salahkan orang itu, salahkan orang ini.

“Relaks, tenang, tarik nafas dan rasai nikmat nafas. Sebab tu nak jadi orang sihat dan tenang, hidup dan pemikiran jangan jadi ‘complicated’. Santai dan happy life (hidup gembira) sajalah,” katanya menerusi TikTok.

Contoh katanya, sentiasa tenang ketika memandu walaupun dalam keadaan sesak.

“Contoh paling mudah, semasa bawa kereta ketika jalan sesak. (Kata) tak apa balik rumah lewat sikit, buka radio dengar muzik atau ambil masa telefon kawan, tengok kereta lain, orang potong (kereta) kita, senyum dan (positif), mungkin dia sakit perut,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI