fbpx

Jabatan Penjara tidak terima Titah Adendum, siapa sorok?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Muhamad Akmal

PETALING JAYA – “Siapa sorok titah tambahan Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah?”.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hari ini bahawa Jabatan Penjara tidak pernah menerima titah tambahan itu.

“Menteri Dalam Negeri menyatakan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) hanya menerima dua surat iaitu pengurangan tempoh pemenjaraan Najib dan pengurangan denda. Masih menggambarkan seolah tiada apa-apa berkaitan titah adendum.

“Maka, jika di mahkamah tadi telah disahkan Titah Adendum itu wujud, malah disahkan oleh Pengelola Bijaya Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Datuk Ahmad Khirrizal Abdul Rahman yang mewakili Al-Sultan Abdullah. Persoalannya siapa sorok titah ini? Kita mohon pihak kerajaan untuk menjawab,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Dr. Muhamad Akmal berkata, pengesahan Titah Adendum yang telah dibacakan dalam prosiding Mahkamah Rayuan pagi tadi sekali gus menolak dakwaan titah itu hanya “hearsay” seperti mana yang disebut oleh pemimpin kabinet semasa.

Saifuddin Nasution pada sidang media yang diadakan selepas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini berkata, Jabatan Penjara tidak menerima sebarang titah tambahan daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membenarkan bekas Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Beliau dipetik berkata, pihak penjara hanya menerima surat daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri berkaitan pengurangan hukuman dan denda membabitkan Najib. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI