fbpx

Hujan lebat badai 5 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri sehingga pukul 4 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan dalam kenyataan hari ini, negeri yang terlibat adalah Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Johor dan Sarawak.

“Di Perak, kawasan yang terjejas melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang. Manakala, di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Bera, Pekan dan Rompin,” menurut hantaran MetMalaysia pada Facebook hari ini.

Bagi Negeri Sembilan pula, kawasan Jempol dijangka terkesan. Sementara itu, di Johor, kawasan Segamat, Kluang dan Mersing turut mengalami keadaan cuaca buruk.

“Beberapa kawasan di Sarawak turut mengalami keadaan yang sama di Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong (Betong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu) serta Miri (Subis),” tambahnya.

Penduduk di kawasan terlibat diingatkan untuk berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kerosakan harta benda akibat angin kencang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI