fbpx

Hidangan halal wagyu mewah mampu beli di Wagyu Dojo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JEE WEE (depan, dua dari kiri) bersama pasukan Wagyu Dojo menunjukkan pensijilan halal Jakim yang diterima pada Jun lalu.

WAGYU. Sebut sahaja namanya, sudah boleh terbayang kelembutan dan keunikan rasa daging premium yang tiada tandingan.

Daging wagyu bukan sekadar lembut, malah memiliki tekstur berlemak yang cair di mulut seakan-akan mentega, memberi kenikmatan yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

Jika anda seorang penggemar wagyu, Wagyu Dojo yang terletak di Jalan Klang Lama menawarkan pelbagai hidangan berasaskan daging tersebut.

Selepas menerima pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jun lalu, restoran ini semakin giat mempromosikan bukan sahaja keenakan daging wagyu di sebalik harganya yang premium.

Wagyu Dojo menampilkan konsep Omakase, diambil daripada perkataan Jepun yang membawa maksud ‘meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada seseorang’.

Menampilkan konsep Omakase, cef Wagyu Dojo sendiri yang akan memilih hidangan paling sesuai untuk pelanggan.

Berdasarkan konsep tersebut yang biasa digunakan di restoran Jepun, pelanggan yang hadir untuk menjamu selera akan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada cef untuk memasak hidangan terbaik yang selalunya bergantung kepada ketersediaan bahan masakan mengikut musim, berbanding memilih sendiri hidangan untuk dinikmati.

Pengarah GVL Link Sdn. Bhd., Datuk Seri Jee Wee Lim berkata, pihaknya tampil dengan konsep ini untuk menawarkan pengalaman berbeza buat pelanggan.

“Kami merupakan satu-satunya restoran di negara ini yang menyajikan kesemua 42 bahagian daging wagyu, setiap satu daripadanya memberikan struktur dan rasa yang berbeza.

“Menggunakan konsep Omakase, pelanggan tidak perlu bimbang untuk memilih hidangan tertentu, sebaliknya cef kami sendiri yang akan memilih hidangan sesuai mengikut cita rasa dan kepakarannya,” katanya.

Tambah menyeronokkan, pelanggan bakal diberi kad yang menunjukkan setiap bahagian wagyu.

“Jadi pelanggan boleh menanda bahagian yang sudah mereka nikmati. Apabila mereka datang lagi, mereka akan disajikan bahagian berlainan dengan cara masakan berbeza, memberikan pengalaman unik pada setiap kunjungan ke Wagyu Dojo,” jelas Jee Wee.

Wagyu Dojo menyajikan kesemua 42 bahagian daging wagyu, setiap satu daripadanya memberikan struktur dan rasa yang berbeza.

Tambah beliau, sambil pelanggan menjamu selera, cef akan memberi penerangan tentang hidangan yang mereka nikmati serta cara penyediaanya secara santai.

“Menerusi inisiatif seperti ini, kami berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang daging berkualiti tinggi ini dalam kalangan masyarakat, seterusnya menarik lebih ramai pelanggan daripada pelbagai latar belakang untuk hadir menjamu selera di sini,” ujarnya.

Dibuka setiap hari sebanyak tiga sesi yang bermula pukul 12 tengah hari, 3 petang dan 8 malam, orang ramai kini boleh memilih Chef’s Testing Menu pada harga RM298++ seorang.

Pelanggan bagaimanapun perlu membuat tempahan terlebih dahulu. – KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI