fbpx

Hari ini satu lagi langkah ke depan – FB Najib Razak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PETALING JAYA – Laman Facebook Najib Razak mengucapkan rasa syukur di atas keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Menurut laman Facebook berkenaan, keputusan itu satu lagi langkah ke depan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Syukur alhamdulillah. Hari ini kita melangkah satu langkah ke depan lagi,” kata laman Facebook Najib Razak.

Terdahulu, Najib di Mahkamah Rayuan berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman untuk memaksa kerajaan menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Keputusan itu dibuat majoriti 2 -1 dengan Hakim Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril membenarkan rayuan Najib selaku pemohon, manakala Hakim Datuk Azizah Nawawi yang mengetuai panel menentangnya.

Ketika membaca keputusan terbabit, Mohd. Firuz berkata, mahkamah memerintahkan supaya kes terbabit diremitkan atau dikembalikan ke Mahkamah Tinggi supaya merit semakan kehakiman ini diputuskan.

Mahkamah menetapkan 13 Januari ini bagi pengurusan kes seterusnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI