fbpx

Erra Fazira tergelak: ‘Kenapa tiba-tiba nak tanya tentang kuih?’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Erra tidak mengiyakan atau menidakkan tentang identiti Mr. E dalam program GV11 yang menjadi gurauan ramai.

SHAH ALAM – Primadona Filem Alaf Baharu, Erra Fazira menyorot perhatian ramai apabila menggelar dirinya sebagai ‘Miss E’ ketika diusik mengenai khabar angin hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Mr. E pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) di sini semalam.

Tiada sebarang penafian yang muncul daripada mulut Erra, 51, dia sebaliknya hanya tergelak ketika pengacara program realiti terbabit, Nabil Ahmad mula membuka topik tentang kedai kuih dan gosip cintanya yang tular sejak beberapa hari lalu.

“Kenapa tiba-tiba nak tanya tentang kuih?

“Dia salah, Miss E (merujuk kepada dirinya),” jawabnya ringkas.

Difahamkan, Erra hadir ke GV11 bagi mempromosikan program terbaharunya, Borak Seeni.

Dalam masa sama, rakan selebriti yang juga pengacara program Borak Seeni iaitu Haziq Hussni sempat berseloroh Mr. E berpesan padanya supaya menjaga Erra.

“Mr. E ada minta saya datang jaga (Erra),” ujarnya.

Terdahulu, Erra mengundang perhatian ramai apabila memuat naik ucapan manis dalam InstaStory buat seseorang disulami dengan lagu Semoga Abadi dendangan Misha Omar.

Gambar susuk lelaki dan perempuan yang digelapkan juga menguatkan spekulasi bahawa hantaran itu ditujukan kepada seseorang yang istimewa dalam hatinya.

Kurang sehari, ramai mula membuat andaian bawahan Mr E iatu merupakan Ezwan Zain, 44, yang juga seorang usahawan yang memiliki kafe kuih yang terkenal di sekitar Lembah Klang.

Lebih menguatkan spekulasi, Ezwan turut memuat naik foto Erra dalam InstaStory sewaktu mereka berdua keluar makan malam bersama sempena sambutan tahun baharu .– KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI