fbpx

EPL: City enggan dibuai prestasi semasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY seakan sudah menemui momentum apabila membelasah West Ham 4-1 kelmarin. - AFP

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola percaya masih terlalu awal untuk memuji barisan pemain apabila melakar kemenangan kedua berturut-turut buat kali pertama sejak Oktober lalu selepas menewaskan West Ham United 4-1 kelmarin.

Pada aksi di Stadium Etihad itu, skuad The Citizens tidak mempunyai masalah untuk meraih tiga mata menerusi jaringan sendiri Vladimir Coufal, dua gol Erling Haaland dan satu daripada Phil Foden, manakala Niclas Fullkrug meledak gol tunggal pelawat.

Menurut Guardiola, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan keputusan ketika ini kerana pasukan masih lagi bergelut untuk mendaki carta liga selain prestasi pemain di atas padang juga belum berada pada tahap terbaik.

“Saya tidak setuju jika anda katakan kami sudah kembali (mencabar liga) selepas menang dua perlawanan berturut-turut. Saya boleh lihat prestasi pasukan masih belum memuaskan kerana mereka mampu bermain dengan lebih baik.

“Namun, ini adalah keputusan yang positif dan memberikan ruang untuk kami bernafas sebelum fokus perlu diberikan pada aksi Piala FA bertemu Salford City pada minggu depan,” katanya.

Mengulas lanjut, Guardiola turut memuji impak dipamerkan oleh pemain sayap dari Brazil, Savinho yang berjaya membuat dua bantuan jaringan pada perlawanan kali ini.

“Savinho memiliki bakat semula jadi sebagai pemain sayap dengan kualiti kaki kiri yang cukup lincah. Namun, masih banyak ruang yang perlu dia perbaiki kerana belum cukup agresif ketika pasukan kehilangan bola,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI