fbpx

‘Dulu ada penerbit cakap saya cuma pelakon bertih jagung’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Demi Moore meraih anugerah pertama di Anugerah Golden Globes bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik - Filem Komedi atau Muzikal menerusi filem The Substance.

SELEPAS empat dekad berada dalam industri seni, pelakon Demi Moore membuktikan kerja keras diperakui apabila meraih anugerah pertama pada Golden Globes bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik – Filem Komedi atau Muzikal.

Moore atau Demi Gene Moore, 62, tidak menyangka mampu menewaskan Amy Adams, Cynthia Erivo, Karla Sofia Gascon, Zendaya dan Mikey Madison menerusi filem The Substance.

Dalam masa sama, pelakon kelahiran New Mexico, Amerika Syarikat itu turut membuktikan kemampuannya sebagai pelakon selepas insiden pernah diherdik seorang penerbit semasa awal penglibatan dalam industri seni.

“Saya tak menyangka dan masih terkejut sekarang. Saya jadi pelakon dalam masa 45 tahun tetapi ini pertama kali saya menang.

“Dengan rendah hati saya sangat teruja. 30 tahun lalu ada seorang penerbit cakap saya cuma aktres bertih jagung.

“Pada masa itu, saya fikir saya tak patut digelar begitu. Saya boleh buat filem yang berjaya dan meraih banyak wang tetapi saya tak diiktiraf,” katanya semasa menerima trofi di Hotel The Beverly Hilton, Los Angeles.

The Substance berkisar tentang seorang wanita, Elisabeth Sparkle (Moore) yang terkenal dengan pertunjukan aerobik dan menghadapi titik hitam dalam hidup apabila dipecat pada hari lahirnya yang ke-50.

Ketika dalam kesusahan, ada sebuah makmal menawarkannya bahan yang menjanjikan untuk mengubah dirinya menjadi versi yang lebih baik.

Sebelum ini Moore pernah tercalon untuk anugerah Golden Globe 1991 menerusi naskhah Ghost dan tahun 1997 menerusi If These Walls Could Talk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI