fbpx

Duit KWSP lesap gara-gara ghairah kejar hadiah lumayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Gara-gara terlalu ghairah mahu meraih ganjaran menarik kononnya ditawarkan platform jualan dalam talian, seorang kerani kerugian RM30,000 apabila diperdaya sindiket penipuan.

Wanita berusia 26 tahun tersebut yang menyedari tertipu telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu di sini pada pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor berkata, pada mulanya, kerani tersebut tertarik dengan tawaran hadiah percuma ditawarkan sebuah kumpulan aplikasi Telegram pada 19 Disember tahun lalu.

“Mangsa telah diarahkan beberapa tugasan sebelum dijanjikan hadiah lumayan.

“Tugasan itu memerlukan dia membuat bayaran pendahuluan kononnya kepada individu didakwa peniaga terlibat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Azli berkata, wanita tersebut sanggup mengeluarkan sebahagian simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) miliknya untuk melunaskan bayaran pendahuluan tersebut.

Beliau berkata, pembayaran tersebut dilakukan dalam lima transaksi secara berperingkat dalam akaun bank dan Big Pay diarahkan suspek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI