fbpx

Ducati ditahan kerana bising, polis akur rupanya ekzos asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pegawai trafik menahan sebuah motosikal jenama Ducati kerana mengeluarkan bunyi bising. - Instagram

JAKARTA – Satu klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan sebuah motosikal jenama Ducati ditahan oleh polis trafik kerana bunyi ekzosnya yang bising, lapor portal berita Tribunnews semalam. 

Kejadian itu dikongsikan di platform Instagram oleh akaun @dimas_jams pada Rabu lalu. 

Rakaman menunjukkan penunggang sebuah motosikal Ducati diarah berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaan. 

Dia juga diminta menunjukkan lesen memandu dan geran motosikal. 

Anggota polis itu bagaimanapun terkejut selepas mendapati ezkos tersebut adalah asli.

“Saya fikir bunyi bising itu berpunca daripada ekzos yang diubah suai. Rupa-rupanya ia ekzos asal,” kata anggota polis. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 27.3 juta tontonan bersama 20,700 komen. 

“Anggota polis itu sangat sopan sampai Ducati pun saya tak pandang,” kata seorang netizen. 

“Anggota polis yang bijak! Dia memahami kalau motor CC besar mesti keluarkan bunyi kuat,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI