fbpx

Di manakah Nurul Syuhada, Shomina dan Ashwinia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis minta bantuan orang awam mengesan (dari kiri) Nurul Syuhada, Shomina dan Ashwinia yang hilang di Ipoh sejak Oktober dan Disember lalu.

IPOH – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan tiga remaja yang hilang di sini pada Oktober dan Disember tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, salah seorang yang hilang tersebut ialah Nurul Syuhada Muksin, 18, yang berketinggian 152 sentimeter (cm) dan berat 45 kilogram (kg).

“Nurul Syuhada berbadan kurus dan berkulit sawo matang yang hilang pada 9 Oktober tahun lalu dilaporkan keluar dari sebuah politeknik di sini dengan membawa beg pakaian.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada pegawai Klkes, Sarjan Jhony Anak Bunsu di talian 012-3019152 atau 05-2451500 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, remaja yang turut hilang dikenali sebagai Shomina, 16, merupakan pemegang kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR).

“Dia yang beralamat di No. 260B, Jalan Pasir Puteh, Ipoh, Perak berkulit gelap dan bertubuh gempal selain tidak bersekolah. Dia dilaporkan hilang pada 24 Disember 2024.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada pegawai kes, Sarjan Mohamad Azlan Mohd. Noor di talian 019-5141791 atau 05-2451500 IPD Ipoh atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Abang Zainal Abidin berkata, seorang lagi remaja yang hilang dikenali sebagai K. Ashwinia yang berusia 15 tahun yang beralamat di No. 19, Persiaran Perajurit T6, Taman Syabas, 31400 Ipoh, Perak.

Katanya, remaja dilaporkan hilang pada 25 Disember lalu itu berketinggian kira-kira 162cm, berkulit sawo matang dan bertubuh kecil serta kurus itu merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tasek di sini.

“Sebarang maklumat boleh disalurkan terus kepada pegawai kes, Sarjan Jamariah Ya’acob di talian 012-5500883 atau 05-2451500 IPD Ipoh atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI