fbpx

Buaya 120kg tersangkut jaring di Pulau Ketam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba melakukan proses penangkapan buaya di Jeti Pulau Ketam, Pelabuhan Klang.

KLANG – Sekumpulan nelayan di Pulau Ketam terkejut apabila seekor buaya tembaga masin sepanjang dua meter tersangkut pada jaring ikan di pulau itu semalam.

Buaya seberat 120 kilogram (kg) dan dianggarkan berusia lima tahun dikatakan kali pertama ditemui di lokasi tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, seramai sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 9.26 malam.

Katanya, berdasarkan maklumat awal diperolehi buaya itu tersangkut pada jaring ikan yang sedang diperbetulkan kumpulan nelayan berkenaan.

Difahamkan, buaya itu kemudiannya dikatakan dibawa naik ke atas bot oleh kumpulan nelayan.

“Buaya itu cuba bertindak agresif ketika operasi pemindahan dan kita menutup mata serta mengikat di bahagian tersebut.

“Operasi yang berlangsung di jeti pulau tersebut mengambil masa selama 20 minit,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas beliau, buaya berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI