fbpx

Beruang matahari dipilih ikon, maskot Visit Malaysia 2026

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar pada Majlis Pelancaran VM2026 di Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), Sepang hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA / KOSMO!

SEPANG – Beruang matahari dipilih sebagai ikon dan maskot bagi Kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Lebih menarik, watak Wira (beruang jantan) dan Manja (beruang betina) diperkenalkan bagi memeriahkan kempen itu.

Beruang matahari dipilih kerana ia merupakan spesis beruang terkecil di dunia dan merupakan spesies yang unik serta asli di kawasan tropika Asia Tenggara termasuk Malaysia.

Watak Wira dan Manja itu direka dalam gaya animasi yang comel dan menarik untuk memikat semua peringkat umur selain menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Ikon kempen itu didedahkan buat pertama kali pada Majlis Pelancaran VM2026 di Hangar 6, Kompleks Kejuruteraan Malaysia Airlines Berhad (MAB), di sini hari ini.

Majlis pelancaran disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada majlis sama, Anwar turut melancarkan logo VM2026 yang melambangkan budaya berwarna-warni, keindahan semula jadi dan daya tarikan Malaysia kepada global. – KOSMO! ONLINEh

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI