fbpx

Anak Najib sahkan wujud Titah Adendum dari Istana Pahang – Peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamad Nizar

PUTRAJAYA – Peguam utama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Mahkamah Rayuan di sini, anak sulung bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohamad Nizar mengesahkan wujud Titah Adendum dari Istana Pahang.

Semasa prosiding, Muhammad Shafee turut membaca perintah itu di hadapan panel tiga hakim, yang mendakwa Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan anak guamnya menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

“Kami memohon penerimaan semua bukti afidavit ini supaya boleh berhujah mengenai rayuan ini,” kata Muhammad Shafee.

Pendengaran itu ditangguhkan ke 6 Januari selepas peguam Najib, Muhammad Shafee memaklumkan kepada panel tiga hakim bahawa beliau telah memfailkan permohonan pada 3 Disember lalu untuk mengemukakan keterangan tambahan.

Kesemua prosiding itu, akan didengar panel tiga hakim yang terdiri daripada Hakim Datuk Azizah Nawawi, Datuk Azhahari Kamal Ramli dan Datuk Seri Mohd. Firuz Jaffril.

Berdasarkan rayuan itu, Najib, 71, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 Julai tahun lalu yang menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman terhadap Titah Adendum yang dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh memutuskan bahawa empat afidavit yang menyokong tuntutannya termasuk kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail tidak boleh diterima kerana ia khabar angin semata-mata.

Najib mendakwa Titah Adendum itu akan membolehkannya menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Pada 1 April lalu, Najib memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada menerusi Tetuan Shafee & Co.

Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang di JPM dan Kerajaan Malaysia sebagai responden. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI