fbpx

150 pam mudah alih RM17 juta bantu pesawah hadapi kemarau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pesawah di Kampung Lubok Jambu, Kota Bharu mula menyemai benih padi selepas banjir melanda kawasan tersebut pada minggu lalu. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN / KOSMO!

KOTA BHARU – Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) akan membeli lebih 150 unit pam mudah alih dengan kos RM17 juta sebagai persediaan untuk menghadapi musim kemarau yang dijangka bermula pada Mac atau April ini.

Pengerusinya, Khalid Abdul Samad berkata, ia merupakan salah satu langkah diambil agensi itu bagi memastikan penanaman musim pertama tahun ini dapat berjalan mengikut jadual.

Menurutnya, Kada sudah memperoleh peruntukan diperlukan, tetapi perlu menentukan jenis dan saiz pam sebelum membuat pembelian.

“Selama ini, kita banyak meminjam pam milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Jika Kada memiliki pam mudah alih sendiri, maka ia akan lebih membantu. Langkah itu merupakan salah satu persediaan menghadapi musim kemarau dan berharap pam tersebut diperoleh sebelum April.

“Kita bimbang besi cerucuk di Stesen Pam Kemubu dan kerosakan infrastruktur akibat banjir di Empangan Bukit Kwang dan Panggung 3 di Pasir Puteh tidak sempat dibaiki sebelum musim kemarau,“ katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Makan Malam Kada Bersama Pengamal Media Kelantan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pihaknya akan mengadakan kunjung hormat kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Datuk Tuan Mohd. Saripudin Tuan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar Bandar Kelantan, Datuk Dr. Izani Husin.

Menurutnya, pertemuan itu untuk berbincang mengenai usaha mempercepatkan pemasangan besi cerucuk di Stesen Pam Kemubu yang telah roboh tang sudah diberi kelulusan oleh kerajaan negeri. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI