fbpx

12 tiang elektrik tumbang dirempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kereta jenama Suzuki Swift yang rosak selepas merempuh tiang elektrik di daerah Bang Khae, Bangkok. - Bangkok Post

BANGKOK – Sebilangan penduduk di Bangkok terputus bekalan elektrik selepas 12 tiang elektrik tumbang akibat dirempuh sebuah kereta, lapor akhbar Bangkok Post kelmarin.

Kemalangan berlaku sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) di Jalan Kanchanaphisek, daerah Bang Khae.

Menurut polis tempatan, sebuah kereta jenama Suzuki Swift terbabas ketika melalui selekoh tajam dan melanggar sebatang tiang elektrik.

“Tiang itu tumbang menimpa tiang lain dengan keseluruhan 11 tiang elektrik tumbang.

“Kemalangan ini turut menyebabkan 150 rumah terputus bekalan elektrik dan beberapa kenderaan lain rosak.

“Gangguan yang berlaku akan dipulihkan dengan segera,” katanya.

Tambah polis, pemandu berusia 20 tahun itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital berdekatan.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI