fbpx

Vietnam rampas gelaran raja ‘Asia Tenggara’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perlawanan final kedua berlangsung dalam keadaan tegang apabila Thailand didakwa tidak beraksi secara 'fairplay. - Foto ihsan Changsuek

PETALING JAYA – Pasukan Vietnam mempamerkan semangat juang tinggi untuk muncul juara Piala Asean 2024 apabila berjaya menewaskan seteru tradisi, Thailand 5-3 secara agregat pada aksi final kedua sebentar tadi.

Pada aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok itu, skuad Vietnam dilihat masih mempamerkan corak permainan terbuka meskipun membawa bekalan 2-1 yang dimenangi pada perlawanan final pertama di Hanoi, Khamis lalu.

Skuad Golden Warriors tidak menunggu lama untuk melebarkan kedudukan apabila Pham Tuan Hai bijak meledak gol pertama menerusi situasi set piece seawal minit ke-8.

Tersentak dengan gol tersebut, skuad Gajah Perang merapatkan kedudukan secara agregat selepas Ben Davies memanfaatkan peluang terhidang hasil kesilapan benteng pasukan pelawat.

Bersambung pada babak kedua, Thailand berjaya menyamakan secara agregat menjadi 3-3 dengan Supachok Sarachat menyamakan kedudukan hasil rembatan jarak jauh pada minit ke-64.

Gol tersebut dianggap kontroversi kerana barisan pemain Vietnam mendakwa tuan rumah tidak memiliki semangat kesukanan yang tinggi (fairplay) kerana melakukan serangan ketika benteng tidak berada dalam keadaan bersedia.

Namun, jaringan tersebut dikekalkan oleh pihak pengadil.

Rentak Thailad sedikit direntap apabila diarahkan beraksi dengan 10 pemain apabila Weerathep Pomphan dilayangkan kad merah pada minit ke-75.

Tuah tersebut digunakan oleh Vietnam untuk kembali melebarkan kelebihan agregat menerusi sepakan sendiri Pansa Hemviboon pada minit ke-82.

Malam gemilang Vietnam diteruskan dengan pemain gantian, Nguyen Hai Long meledak gol kemenangan untuk memastikan aksi final kedua berakhir dengan keputusan 3-2.

Kejayaan tersebut menyaksikan penantian enam tahun Vitenam berakhir apabila meraih kejuaraan ketiga kejohanan berprestij Asia Tenggara itu selepas edisi 2008 dan 2018. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI