PETALING JAYA – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan berlaku satu insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) pada pukul 5 petang, semalam.
Kekecohan dipercayai berpunca daripada keinginan warga Palestin yang mahukan proses permohonan mereka untuk kembali ke Palestin dipercepatkan.
“Akibat daripada insiden tersebut, pegawai dan anggota ATM yang bertugas telah bertindak untuk berbincang bersama dengan warga Palestin yang terlibat.
“Situasi berkenaan dapat dikawal dengan baik tanpa melibatkan sebarang pergaduhan dan kecederaan, hanya berlaku sedikit kerosakan terhadap peralatan perabot di WTKL,” menurut kenyataan itu hari ini.
Warga Palestin tersebut kemudian bersurai kira-kira pukul 7.30 malam dan ATM menasihatkan orang agar tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan insiden tersebut.
Semalam tular video di media sosial berhubung kekecohan di WTKL yang memperlihatkan warga Palestin menggoncang pagar sambil membuat bising di pekarangan tempat berkenaan.
Turut kelihatan ialah mereka memegang kertas meminta untuk kembali ke Mesir, membuat pembakaran sampah di pekarangan WTKL selain kelihatan pasu pokok turut dipecahkan. – KOSMO! ONLINE
@afrinelda_01 Warga Palestin sedang mengadakan mogok lapar di WTKL, habis makanan yg Desastra bawa utk dinner dibuang.. #sumber #palestine #palestine🇵🇸 #palestina #palestra #palestinian #palestina🇪🇭 #mogok ♬ suara asli – Allginanjar – allginanjar