PETALING JAYA – Niat mahu menikmati suasana berkabus di Genting Sempah, Pahang namun yang dapat adalah sampah dibuang merata-rata oleh individu tidak bertanggungjawab.
Itu yang digambarkan suasana di satu tempat di Genting Sempah pada video TikTok rulfarhan apabila kelihatan sampah dipercayai ditinggalkan orang ramai yang mengunjungi tempat itu.
Bagaimanapun, lelaki itu tidak memaklumkan secara spesifik lokasi tersebut, hanya memberitahu ia terletak di Genting Sempah.
“Nak ‘healing’ pun sakit mata,” katanya pada kapsyen video.
Perkongsian itu turut mengundang kemarahan orang ramai terhadap individu yang tidak bertanggungjawab membuang sampah di kawasan berkenaan.
“Sedih, tahun 2012 saya pernah riadah di sana, tak sangka tempat tu jadi macam tu,” komen seorang pengguna TikTok.
“Tak ada sivik, dah puluh-puluh tahun dah,” kata seorang lagi individu.
“Rasa nak datang sekarang bawa plastik sampah sekali penyapu,” ujar pengguna TikTok yang lain. – KOSMO! ONLINE
@rulfarhan nak healing pun sakit mata😆 #foryou #gentinghighlands ♬ original sound – Helmet Singer