fbpx

Sudah 4 hari Nur Farhana hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUR FARHANA dilaporkan menghilangkan diri selepas keluar dari rumah keluarganya di Taman Sri Jaya, Batu Pahat sejak 2 Januari lalu.

BATU PAHAT – Seorang wanita merayu bantuan orang ramai untuk mengesan kedudukan anak sulungnya yang keluar dari rumah sejak empat hari lalu dengan menaiki motosikal dan berpakaian serba hitam.

Mariana Latino, 32, berkata, anaknya, Nur Farhana Shahrul Afendy, 15, keluar dari kediamannya di Nombor 11 Jalan Rotan Sendang Taman Sri Jaya disini kira-kira pukul 12.41 pada 2 Januari lalu.

“Sebelum kejadian, kami juga tiada sebarang perselisihan faham dan tidak diketahui arah tujuannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mariana lagi, sehingga hari ini anak sulung daripada dua beradik itu masih belum pulang dan tiada berita berkaitan Nur Farhana diterima dan laporan polis telah dilakukan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada hari kehilangannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan untuk mengesan kedudukan remaja berkenaan.

“Semakan mendapati kejadian ini adalah kali kedua dilakukan remaja berkenaan yang keluar rumah tanpa memaklumkan kedua ini bapa,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI