fbpx

‘Saya menyanyi sebab nak buat orang suka balik daddy’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Talita (kanan) mendedahkan tujuannya terjun dalam dunia nyanyian adalah demi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap bapanya, Shuib.

PETALING JAYA – Secara tiba-tiba ingin menjadi penyanyi, anak kepada Shuib iaitu Talita mengakui berbuat demikian agar orang ramai kembali menyayangi bapanya itu.

Perkara tersebut didedahkan pelawak, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 41, yang bertanyakan punca anak gadisnya itu terbuka untuk tampil menghiburkan khalayak.

“Tak ada pun (mimpi). Sebab orang tak suka dengan daddy. Jadi saya nak buat orang suka pada daddy balik dengan menyanyi.

“Daddy pun selalu minta kami untuk doakannya,” katanya dalam perkongsian video dalam TikTok.

Luahan ikhlas anak kedua daripada empat bersaudara itu membuatkan ramai netizen terharu dengan kata-katanya.

Rata-rata memuji kasih sayang Talita atau nama lengkapnya Dzahira Talita Zahra, 12, terhadap bapanya yang kerap berdepan kecaman khalayak.

Bahkan, sebahagian besar pengikut mengingatkan masyarakat agar berhati-hati ketika meninggalkan kritikan bagi mengelakkan anak-anak terkesan.

Tidak kurang menyamakan Talita atau mesra disapa Dekta itu dengan arwah ibunya, Allahyarham Siti Sarah Raisuddin yang sentiasa melindungi Shuib.

“Talita macam arwah ibu, selalu lindungi dan ‘backup’ daddy,” tulis netizen.

“Sebab itu jangan tulis bukan-bukan di komen. Anak-anak akan baca, sedih bila anak baca ibu bapa dikecam macam-macam,” kata peminat lain.

Kelmarin, kemunculan Talita di Bukit Bintang meraih perhatian apabila mendendangkan lagu arwah ibunya, Kesetiaan sehingga tular dalam media sosial.

Keinginan anak gadis terbabit untuk bergelar penyanyi disuarakan secara spontan dua minggu lalu dan dalam tempoh singkat dia belajar vokal dengan bimbingan datuknya, Raisuddin Hamzah.

Selain Talita, perkahwinan Shuib dengan Siti Sarah turut diserikan Uwais Alqarni, 14, Ariq Matin, 9, dan Ayash Affan, 4.

Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan (HCTM) pada 9 Ogos 2021 akibat komplikasi Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI