fbpx

Sarawak kekal guna aplikasi S Pay Global salur sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abang Johari (berdiri, tengah) melihat Timbalan Menteri Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan Unit Komunikasi Awam Sarawak, Datuk Abdullah Saidol menunjukkan cara memuat naik S Pay Global kepada salah seorang penerima di UTC Kuching, hari ini.

KUCHING – Kerajaan Sarawak tidak akan memberikan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) secara tunai, sebaliknya kekal menyalurkannya secara e-dompet melalui Aplikasi S Pay Global bagi memastikan bantuan itu tidak disalahgunakan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menegaskan, ia kerana tujuan bantuan itu adalah khusus untuk memastikan kumpulan sasar mempunyai makanan di atas meja.

“Kita sudah menilai cara-cara ini, kalau diberi tunai, bantuan itu tidak dimanfaatkan untuk membeli beras atau makanan lain,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Perkhidmatan Sarawak di Pusat Transformasi Bandar (UTC), di sini hari ini.

Manakala bagi menangani isu ramai penduduk luar bandar khususnya warga emas tiada telefon pintar serta tidak tahu menggunakan S Pay Global, Abang Johari berkata Kerajaan Sarawak akan menggerakkan jentera pentadbiran di seluruh negeri itu bagi membantu melaksanakan program SKAS.

Sementara itu, Abang Johari berkata SKAS akan dilancarkan di Bahagian Serian pada 18 Februari nanti dan bantuan SKAS akan dimasukkan ke e-dompet S Pay Global penerima mulai tarikh yang sama.

Katanya mereka yang layak adalah rakyat Sarawak yang mempunyai kad pengenalan K yang menetap di Sarawak dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 tahun 2024 berdasarkan maklumat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimanapun, beliau berkata mereka yang tidak tersenarai dalam STR tetapi memenuhi kriteria kelayakan boleh mengemukakan permohonan mulai 1 Februari hingga 31 Mac 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI