fbpx

Rumah terbakar: Dua beradik teruja jawab SPM, STPM guna kelengkapan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIAN (dua dari kanan) membantu Mohamad Lutfi dan Mohamad Akmal memilih pakaian sekolah di Econsave Taman Teratai, Johor Bahru hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Dua beradik mangsa kebakaran rumah keluarganya di Kampung Sri Jaya, Skudai di sini, Jumaat lalu bersyukur dan gembira apabila menerima sumbangan daripada pihak pasaraya Econsave hari ini.

Mohamad Lutfi Muqri Mohamad Farok, 18, berkata, sumbangan tersebut menyuntik semula semangatnya dalam menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok selain meringankan beban mereka sekeluarga.

“Sumbangan ini dapat mengubat rasa duka setelah segala peralatan sekolah untuk peperiksaan musnah terbakar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pasaraya Econsave Taman Teratai di sini.

Sementara itu, Mohamad Akmal Muqri, 20, turut teruja memulakan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) esok selepas menerima alat keperluan ke sekolah yang baharu.

Sementara itu, Pengurus Cawangan Econsave Taman Teratai, Azian Mohd Yusof berkata, bantuan yang disalurkan kepada dua beradik itu merupakan tanggungjawab sosial pihaknya terhadap komuniti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI