BANGKOK – Polis melancarkan tindakan keras membanteras lumba haram dengan menahan 206 individu dan merampas sejumlah besar motosikal yang diubah suai dalam operasi di wilayah Satun, lapor portal berita Thaiger semalam.
Dalam serbuan pada 3 Januari lepas itu, polis turut merampas sejumlah paip ekzos dan senjata api.
Seorang pegawai polis tempatan berkata, pihak berkuasa akan memusnahkan barang rampasan bernilai lebih 300,000 baht (RM39,200) itu mendakwa penjaga mana-mana pesalah juvana yang terlibat.
Operasi itu diadakan bertujuan untuk menangani masalah lumba haram yang semakin meningkat dan menjadi isu berterusan. Perbuatan tidak bertanggungjawab dalam kalangan remaja berlumba haram mencetuskan gangguan dan kebimbangan keselamatan dalam kalangan masyarakat.
Dalam operasi sama, polis merampas sebanyak 202 paip ekzos motosikal yang diubah suai bagi meningkatkan kelajuan dan bunyi bising.
Selain itu, polis turut merampas tiga laras senjata api dan 15 butir peluru sekali gus menunjukkan hubung kait antara aktiviti lumba haram dengan jenayah lain. – AGENSI