fbpx

Piala Asean: Thailand sudah lupakan kekalahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THAILAND memiliki kelebihan beraksi di hadapan penyokong sendiri untuk mengubah keputusan aksi final pertama menjelang 90 minit terakhir perlawanan akhir kedua Piala Asean. - FB THAILAND FA

BANGKOK – Kekalahan1-2 kepada Vietnam pada final pertama Piala Asean tidak beri kesan besar kepada Thailand untuk melayan kunjungan lawan di Stadium Rajamangala, malam ini.

Selain memiliki kelebihan daripada sokongan peminat, skuad Gajah Perang sentiasa sudah terbukti mampu untuk cipta kebangkitan luar biasa seperti dilakukan pada aksi separuh akhir menentang Filipina.

Pengendali skuad Gajah Perang, Masatada Ishii bertegas yang seluruh pasukan ini mahu melihat lebih ke depan dan bukannya meratapi kekalahan lepas.

“Bola sepak adalah tentang melihat lebih ke depan. Fokus kami sekarang adalah untuk menyiapkan pasukan bagi mengharungi perlawanan kedua,” katanya.

Misi Thailand untuk mempertahankan kejuaraan juga sudah pun diiringi dengan khabar positif apabila dilaporkan 47,000 tiket habis dijual hanya dalam tempoh dua jam dijual.

Jurulatih dari Jepun itu juga menegaskan pemainnya masih mempunyai kualiti permainan yang sama seperti ketika menewaskan Vietnam 2-1 pada aksi persahabatan, September lalu.

“Cumanya empat bulan lalu Vietnam belum ada penyerang, namun sekarang nyata ada sedikit kelainan,” katanya merujuk kepada kualiti pemain naturalisasi Vietnam, Nguyen Xuan Son. AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI