fbpx

Peminjam, penyewa Mara terjejas banjir diberi sokongan – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

BANGI – Majlis Amanah Rakyat (Mara) memberi jaminan bahawa peminjam dan penyewa yang terjejas akibat banjir akan diberikan sokongan sewajarnya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia termasuk dalam aspek penstrukturan semula pembayaran pinjaman serta bantuan kepada penyewa premis Mara.

Katanya, namun begitu, setakat ini Mara tidak menerima sebarang permohonan penstrukturan semula pembayaran pinjaman.

“Setakat ini tidak ada rekod yang memperlihatkan bahawa ada rayuan daripada peminjam Mara yang terjejas banjir memohon penangguhan pembayaran tersebut.

“Namun jika permohonan berkenaan disebutkan, maka pihak pengurusan Mara akan meneliti dan mengadakan perbincangan dengan pemohon berkenaan untuk melakukan adjustment (penstrukturan) terhadap pembayaran,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan Kuali Cafe@UKM, di sini, hari ini.

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara berkata, kerajaan akan memberi peluang kedua kepada individu yang tidak menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pelajaran ke institusi TVET.

Ahmad Zahid berkata, lebih 10,160 individu pada tahun 2023 tidak menduduki SPM, dan jumlah hampir sama dijangka pada tahun 2024.

Jelasnya, pihaknya akan bekerjasama dengan Majlis TVET Negara dan Kementerian Pendidikan untuk mengenal pasti golongan ini.

“Mereka boleh memohon memasuki kursus TVET yang sesuai dengan minat melalui platform UP_TVET.

“Permohonan ini akan membolehkan mereka memasuki salah satu daripada 1,398 institusi TVET yang telah diselaraskan di seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI