fbpx

Pemandu lori maut pandu Honda Civic kawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN kereta Honda Civic dipandu Mohamad Afiq selepas berlanggar dengan Toyota Rush di Kilometer 13 Jalan Benut - Simpang Renggam dekat Kluang malam semalam.

KLUANG – Seorang pemandu lori maut selepas kereta Honda Civic milik kawan yang dipandunya terbabas sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Toyota Rush dalam kejadian di Kilometer 13 Jalan Benut – Simpang Renggam di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 10 malam itu, mangsa, Mohamad Afiq Talib, 32, meninggal dunia di tempat kejadian manakala, pemandu Toyota Rush, Firdaus Shah Mohd Amin, 34, mengalami kecederaan pada kaki dan tangan kiri.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kejadian berlaku ketika pemandu kereta Honda Civic dalam perjalanan dari Simpang Renggam ke Benut manakala Toyota Rush dari arah bertentangan.

“Ketika sampai di lokasi kejadian, kereta Mohamad Afiq dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlanggar di bahagian kanan kenderaan dengan kereta dipandu Firdaus,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin, kedua-dua mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang untuk proses bedah siasat dan rawatan, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI