CANBERRA – Seorang pemandu di Australia mengalami detik cemas apabila seekor ular muncul dari dalam bonet keretanya ketika kenderaan itu dipandu laju, lapor portal berita Yahoo semalam.
Kejadian berlaku di bandar Brisbane, negeri Queensland, baru-baru ini.
“Saya ternampak kepala ular yang tiba-tiba muncul dari dalam bonet semasa dalam perjalanan ke pusat membeli-belah.
“Reptilia itu dipercayai masuk dari bawah kereta,” tambahnya.
Pemandu itu segera menghubungi pakar hidupan liar untuk mendapatkan bantuan.
“Penemuan ular di dalam kereta sangat jarang berlaku tetapi ia boleh menjadi tempat untuk berteduh.
“Bagaimanapun, ular akan bergerak ke kawasan lain dengan cepat apabila tempat itu tiada makanan atau air,” kata seorang pakar reptilia, Willow Sorbello. – AGENSI