fbpx

Pelancong mati digigit gajah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Trip Advisor

BANGKOK – Seorang pelancong warga Sepanyol meninggal dunia selepas diserang seekor gajah ketika dia memandikan haiwan itu di sebuah santuari di Thailand, lapor akhbar Daily Star kelmarin. 

Kejadian berlaku di santuari Koh Yao Elephant Care & House, wilayah Phang Nga, baru-baru ini. 

Ia merupakan tempat tumpuan pelancong kerana mereka boleh memandikan gajah dengan membayar sebanyak 3,466.92 baht (RM453). 

Mangsa yang tidak didedahkan namanya itu digigit gajah ketika dia membersihkan mamalia tersebut.

“Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami,” kata polis. 

Koh Yao Elephant Care & House berkata: “Kami memohon maaf atas apa yang berlaku. Kami terpaksa meletakkan tali pada kaki gajah kerana tempat ini terletak berhampiran rumah penduduk kampung, kanak-kanak, makanan dan pokok pisang.

“Jika kejadian berbahaya berlaku, kami akan bertanggungjawab dalam setiap perkara,” tambahnya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI