fbpx

Lelaki Myanmar lemas lepas 15 jam hanyut di Sungai Nal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengangkat mayat mangsa yang dijumpai lemas di Sungai Nal, Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Seorang lelaki warga Myanmar ditemui lemas selepas lebih 15 jam dihanyutkan arus ketika mandi di Sungai Nal berhampiran Kawasan Perindustrian Staponal, di sini hari ini.

Mangsa, Msung Zaw, 50, dijumpai dalam keadaan tertiarap dan berkain pelikat kira-kira pukul 10.44 pagi tadi kira-kira satu kilometer dari kawasan dia mandi.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, mayat mangsa ditemukan oleh pasukan bomba dan penyelamat yang sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sungai berkenaan bermula kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, mangsa yang bekerja di kilang papan berdekatan Sungai Nal dipercayai dihanyutkan arus ketika sedang mandi seorang diri di kawasan tersebut.

“Dua lagi rakan lelaki itu berada di tebing sungai dengan salah seorang daripada mereka sedang memancing. Msung disedari hanyut oleh dua rakannya selepas mendapati mangsa hilang daripada pandangan mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI