PETALING JAYA – Bayangkan patung ikonik daripada drama popular Squid Game ditempatkan di lampu isyarat, lengkap dengan fungsi menembak sesiapa yang bergerak ketika lampu merah.
Siapa agaknya yang bakal menjadi mangsa pertama?
Meninjau di ruangan komen di hantaran media sosial The Reporter itu, rata-rata netizen tidak melepaskan peluang berjenaka dengan membayangkan senario itu di Malaysia.
“Kalau di sini, abang p-hailing, kurier, makanan segera mesti ramai ‘terkorban’. Kalau merah, dia pusing kepala, tengok semua gerak, ‘peng… peng… peng!’. Kalau pelanggan tanya kenapa lambat, tunjuk saja gambar patung tu. Kalau mereka tahu, mesti mereka faham,” seloroh Mohd Nazarulezuan Mohd Dom.
“Pakai patung ni, barang-barang tak sampai ke rumah pelanggan. Habis abang rider kena tembak dulu,” kata Ekin Ahmad.
“Terbayang abang polis trafik kena tembak sebab hayun tangan suruh kereta gerak cepat masa jalan sesak,” ujar Farah Farah.
“Saya nak jadi penembak tu boleh tak? Yang degil langgar lampu merah, kasi jalan terus,” komen Ridzuan Mat Daham. -KOSMO! ONLINE