fbpx

Jonassen gabung elemen Eropah, Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JONASSEN (tengah) memulakan tugas secara rasmi sebagai ketua jurulatih perseorangan negara bermula semalam.

BAGI mendapatkan hasil terbaik daripada pemain-pemain negara, ketua jurulatih perseorangan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Kenneth Jonassen memberi bayangan untuk menggabungkan budaya latihan Eropah dan Asia.

Jonassen yang memulakan tugasnya secara rasmi semalam berkata, beliau mungkin memerlukan tempoh lebih kurang tiga minggu untuk mengenali barisan pemain sebelum menerapkan falsafah permainannya.

Tambahnya, pemain-pemain juga perlu memiliki visi serta misi tersendiri bagi memastikan mereka dapat memenuhi potensi masing-masing, namun ia memerlukan kerja keras daripada barisan pemain.

“Saya sangat gembira dan teruja untuk memulakan tugas. Memandangkan kami masih belum mengenali antara satu sama lain, saya akan berjumpa dan bercakap dengan mereka sebelum melakukan sebarang perubahan.

“Saya percaya adalah sesuatu yang cukup menakjubkan sekiranya dapat menggabungkan corak latihan Eropah dan Asia. Mungkin saya perlukan dua atau tiga minggu untuk mengenai mereka,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Beliau turut menjelaskan, kejayaan hanya datang sekiranya pemain-pemain memiliki keinginan tinggi selain bermotivasi, sama seperti ketika beliau mengemudi pemain-pemain kebangsaan Denmark sebelum ini.

“Idea yang saya ada sebelum ini pernah membantu pemain-pemain Denmark. Bagaimanapun, ia turut memerlukan kerja keras daripada semua pemain serta motivasi bagi mencapai apa yang disasarkan,” ujar Jonassen.

Sebagai rekod, jurulatih kelahiran Denmark itu memiliki reputasi cukup gah sebagai jurulatih apabila pernah mengemudi jaguh Denmark, Viktor Axelsen muncul juara dunia 2017 selain memenangi pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI