fbpx

‘Jika salah jalan, turun minta maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan seorang lelaki yang disyaki memandu melawan arus menjadi tular di media sosial apabila dia didakwa memarahi pemandu lain.

PETALING JAYA – Tindakan seorang lelaki yang disyaki memandu melawan arus menjadi tular di media sosial apabila dia dilihat memarahi pemandu lain.

Menurut video yang dimuat naik di media sosial, insiden tersebut dipercayai berlaku apabila lelaki berkenaan didakwa keluar dari kenderaannya dan mengetuk cermin kereta seorang pengguna jalan raya lain sambil mengeluarkan kata-kata kesat.

Tindakannya bukan sahaja menyebabkan suasana tegang, malah mencetuskan kesesakan lalu lintas yang panjang apabila kenderaan lain terpaksa berhenti untuk mengelak kejadian yang tidak diingini.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihatkan agar mana-mana pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan di jalan raya perlu bersikap lebih berhemah dan meminta maaf dengan baik.

“Jika salah jalan, turun minta maaf dan minta beri laluan. Mesti pengguna lain boleh bagi laluan bila cakap baik-baik,” ujar Muhammad Azizi.

“Sudah salah dan angkat tangan minta maaf mesti selesai, tapi itulah sebaliknya,” kata Adam Runner.

“Tidak kira bangsa atau jantina. Tapi susah nak minta maaf kalau salah. Lagi nak marah dan perli,” tulis Intan Hayati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI