fbpx

Gudang racun tikus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadamkan kebakaran gudang itu di Bestari Jaya, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Tujuh balai bomba dikerah bagi operasi memadam kebakaran yang memusnahkan sebuah gudang memproses dan menyimpan racun tikus di Bestari Jaya di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, sepasukan 40 anggota termasuk pegawai bersama tujuh jentera bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan, kira-kira pukul 4.14 pagi.

“Kesemua anggota melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, Kuala Selangor, Batu Arang, Kapar, Klang Utara, Rawang dan Sungai Besar.

“Pemeriksaan mendapati api sedang marak memusnahkan gudang berkeluasan 180 x 50 kaki meter persegi tersebut,” katanya.

Tambah Ahmad Mukhlis, kebakaran itu bagaimanapun berjaya dikawal pihaknya, kira-kira pukul 5.39 pagi dan gudang terbabit dilaporkan musnah 80 peratus. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI