fbpx

EPL: Slot enggan ambil risiko

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL bakal menurunkan pasukan terkuat menentang United untuk memastikan mereka mampu meraih kemenangan pada aksi di Anfield tengah malam ini. - AFP

LIVERPOOL – Pengendali Liverpool, Arne Slot enggan mengambil risiko untuk menggunakan sistem penggiliran pemain menjelang pertemuan menentang Manchester United di Anfield tengah malam ini.

Menurutnya, United masih lagi sebuah pasukan yang berbahaya biarpun mereka ketika ini bergelut di kelompok bawahan menyebabkan Liverpool enggan mengambil risiko menyebabkan mereka keciciran mata.

“Saya tidak ada rancangan untuk merehatkan pemain-pemain utama, ia adalah perlawanan besar dan United memiliki pemain yang baik biarpun kedudukan mereka ketika ini tidak memberikan gambaran sebenar.

“Saya fikir Ruben Amorim memerlukan masa, tetapi sudah pasti mereka mampu untuk memberikan aksi terbaik apabila menantang kami nanti.

“Setiap perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris adalah sukar, tetapi ia adalah peluang kepada para pemain untuk membuatkan penyokong bangga. Apa yang penting buat kami adalah menang di Anfield, jadi kami perlu bersiap secara rapi,” katanya.

Mengulas mengenai situasi pemain pertahananya, Joe Gomez yang mengalami kecederaan hamstring ketika menentang West Ham United sebelum ini, Slot mengakui pemain tersebut belum berada dalam keadaan terbaik untuk diturunkan.

“Joe belum dapat diturunkan kerana kecederaan tersebut. Saya fikir dia memerlukan tempoh beberapa minggu untuk benar-benar bersedia dan kembali ke pangkuan pasukan,” jelasnya.

Bagaimanapun, Slot menerima perkhabaran gembira apabila dua lagi pemainnya, Ibrahima Konate yang mengalami kecederaan lutut serta Conor Bradley (hamstring) sudah kembali menjalani latihan bersama pasukan sejak kelmarin.

Perkembangan itu membolehkan Slot mempunyai lebih banyak pilihan di benteng pertahanan selepas terpaksa menggunakan gandingan Virgil Van Dijk dan Jarell Quansah sejak beberapa perlawanan lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI