fbpx

Difitnah mati, Nur Fazura tiup semangat buat Muhammad Sajjad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pernah berhadapan perkara serupa, Nur Fazura (kanan) mendoakan agar Sajat sentiasa tabah berhadapan dengan fitnah manusia.

PETALING JAYA – Penyebaran berita palsu mengenai kematian usahawan dan pempengaruh kontroversi, Nur Sajat baru-baru ini mengundang rasa simpati dalam kalangan pengguna media sosial termasuk selebriti terkenal, Nur Fazura.

Fazura, 41, melahirkan rasa kecewa dengan sikap segelintir pihak yang tergamak menyebarkan berita tidak sahih terutama berkaitan tentang kematian bahkan berharap individu terbabit menerima balasan Tuhan.

“Jahat mereka ini. Saya juga kena macam-macam lagi fitnah entah apa-apa!

“Semua sebab nak viral dan tanda suka. Sabar ya Sajat, Allah SWT ada.

“Jari mana yang menaip fitnah itu semua dalam pengetahuan Allah. Sabar!” katanya dalam ruangan komen hantaran yang dimuat naik Sajat semalam.

Sebagai individu yang kerap menjadi mangsa kecaman, pelantun lagu Bertahan Demi Cinta itu meminta Sajat tidak mempedulikan pihak yang berbuat jahat padanya.

“Doa banyak-banyak, pedulikan yang buat jahat.

“Semoga Sajat sihat selalu dan dipermudahkan urusan cari rezeki untuk anak-anak, amin,” katanya lagi.

Dalam masa sama, Fazura juga berpendapat akaun media sosial yang memuat naik konten berunsur fitnah tidak mendapat rezeki diredai Tuhan.

“Cari rezeki dengan cara mencaci dan memfitnah orang kemudian beri keluarga makan.

“Di situ, boleh fikir-fikirkanlah berkat atau tidak,” ujarnya.

Semalam, Sajat  atau nama sebenarnya, dalam satu hantaran melahirkan rasa terkilan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab yang menjaja cerita palsu tentang kematiannya.

Meskipun bukan pertama kali, Sajat tetap mempersoalkan niat pihak yang menyebarkan berita palsu tersebut.

Semuanya tercetus apabila sebuah akaun Facebook iaitu Resepi K.A. Club memuat naik status yang mendakwa Sajat telah meninggal dunia akibat dilanggar sebuah kereta SUV di luar negara.

Kini, pempengaruh transeksual itu kini menetap di Australia sejak 2021 selepas dia melarikan diri dari Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI