fbpx

Bunyi kokok 12 tengah malam cetus idea lagu Ayam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jalil Hamid.

PETALING JAYA – Lagu Ayam nyanyian Jalil Hamid yang menjadi siulan ramai adalah terhasil daripada inspirasi bunyi ayam berkokok pada kira-kira pukul 12 tengah malam.

Norizwan Azlan dalam perkongsian di Facebook memberitahu, Jalil Hamid terdengar bunyi ayam itu ketika melalui bulatan di Seksyen 19, Shah Alam.

Kejadian itu sekali gus mencetuskan tanda tanya kerana ayam kebiasaannya berkokok pada awal pagi.

“Kemudian dia teringat pesanan abahnya bahawa ular sawa juga berupaya meniru suara ayam untuk memikat haiwan spesis itu menghampirinya agar mudah dibaham.

“Risau jika benar itu bunyi ular sawa, Jalil pun memutuskan untuk terus pulang ke rumah,” katanya.

Setibanya di rumah, idea tentang ayam terus memenuhi fikirannya, termasuk peribahasa dan karakter haiwan itu.

“Semua benda pasal ayam terlintas termasuklah peribahasa pasal ayam. Jadi, dia pun mula menulis segala benda pasal ayam yang berlegar-legar dalam kepala dan kemudian mengubahnya menjadi lirik lagu,” ujarnya.

Ketika itu, Jalil bersama komposer Azmeer sedang berusaha menyempurnakan album pertamanya yang mengandungi 12 lagu.

Namun, lagu Tol yang dijadualkan sebagai lagu terakhir mengalami masalah dari segi keserasian.

Jalil cuba menggantikan lirik Tol dengan lirik Ayam yang baru ditulis dan ternyata, lirik itu serasi dengan melodi asal Tol.

Lagu Ayam kemudian dirakam di studio milik komposer Manan Ngah dan dimasukkan dalam album pertama Jalil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI