fbpx

Bunuh Xin Yuan: Reman tiga beranak dilanjutkan 5 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keratan Kosmo! Online mengenai penahanan tiga beranak berkait kes pembunuhan Xin Yuan minggu lalu.

KAJANG – Reman ke atas teman lelaki dan dua ahli keluarganya yang disyaki terlibat dalam kes kematian remaja perempuan, Yap Xin Yuan disambung sehingga Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, lanjutan reman selama lima hari bermula esok ke atas tiga beranak itu adalah bagi melengkapkan proses siasatan.

“Reman kesemua suspek di sambung selama lima hari sehingga 10 Januari (Jumaat),” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, perintah lanjutan reman ke atas suspek berusia 16 hingga 51 tahun itu dikeluarkan Majistret Fatin Dayana Jalil selepas pihak polis membuat permohonan di Mahkamah Majistret Kajang pagi tadi.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan polis mengesahkan mayat reput remaja perempuan yang ditemui di Kampung Rancangan Tanah Baharu (RTB) Sungai Changgang, Banting, Sabtu lalu adalah Yap Xin Yuan, yang dilaporkan hilang sejak 19 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pengesahan itu susulan hasil keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dilakukan pihaknya sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI